Rahsia Seorang Wanita – Volume 1
Jumaat, 17 Februari 2012 | 5:48 PG | 0 weird people
RahsiaWanita. Tentu ramai yang tercari-cari Rahsia yang tersembunyi di sebalik sikap lembut seorang wanita. Kali ini kami akan kongsi serba sikit Rahsia yang telah kami terokai. Hayatilah dengan tenang.

1. Bila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, ini bermakna dia sedang menangis di dalam hati.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu sakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang. Oleh sebab itu ramai wanita yang patah hati apabila hubungan itu putus di tengah jalan.

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, fikirannya sentiasa bersama dengan lelaki itu walaupun dia sedang keluar bersama lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti lilin yang kehangatan.

6. Wanita memang sukakan pujian, tetapi selalu tidak tahu bagaimana hendak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan wanita yang telah sukakan kamu separuh mati, tolaklah cintanya dengan baik dan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang wanita mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, abaikan dia buat sementara waktu dan cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. Pada zaman sekarang, mungkin wanita akan meluahkan rasanya melalui sms dan emel.

10. Jangan sesekali mengeluarkan kata-kata bahawa wanita ini langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit suka dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan mengetahui berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
 
15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri.

18. Selepas seorang wanita jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang wanita, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Setiap kali terlihat gambar kelas semasa waktu dia belajar dahulu, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.

22. Satu ucapan ‘Hai’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. Cubalah tanyakan teman baiknya tentang dirinya.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Maksud cinta bagi wanita ialah kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Airmata adalah senjatanya.

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya. Seperti bunga atau sekadar cukup dengan kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu, merasakan bahawa dirinya dihargai dan dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang mengambil berat tentangnya dan baik terhadapnya. Oleh itu, peratusan untuk menawan hati seorang wanita muda agak tinggi jika kamu praktikkan dengan betul.

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Rahsia ini adalah luahan perasaan yang tulus ikhlas dari hati seorang wanita

Welcome. Hi, I am Syazana Samsudin . 15 and petite. Blithely in love with someone like you. I am eating 2 dumplings right now .

CURRENTLY : Alien(s) 
MOOD : i'm Sad .


Life Scene
The Author
I used to update more than one post a day but now I'm kinda busy so I only post when I feel like it. There nothing much to express nowadays. Daily routines got my head stuck but do enjoy every post of mine. Your happiness is my blog's happiness. Thank you for visiting.