Mengapa Wanita Menipu Lelaki
Korang ada masalah dengan teman wanita korang ?
Teman wanita korng suka tipu korang ? sebab apa ek ? jom kita usya bawah ?
Tidak Mendapat Perhatian yang Cukup daripada Pasangan
Biasalah
wanita yang lahirnya dengan
hati yang lembut biasanya mudah terusik tidak kira dalam apa situasi sekalipun. Si dia perlulah memberi perhatian yang lebih kepada si dara agar mereka tidak bosan dan mula mahu
menipu kamu. Apalah salahnya jika kamu meluangkan masa pada hujung minggu dengan aktiviti yang boleh mengeratkan lagi hubungan kamu berdua.
Tidak Memenuhi Cita Rasa Mereka
Bukannya terlalu memilih tetapi biarlah memenuhi cita rasa.
Lelaki yang sebeginilah yang selalu ditipu.
Lelaki yang tidak memenuhi keperluan
emosi dan fizikal. Pada awal perkenalan dialah
Hero, dialah segala-galanya. Tetapi apabila sudah kenal lama lain pula jadinya. Si
lelaki berlakon semata-mata.
Awas!
Wanita paling tidak suka apabila lelaki mula mahu mengongkong mereka. Tidak perlulah
terlalu mengongkong. Berilah sedikit ruang kepada
wanita membuat keputusan untuk diri mereka sendiri. Sifat saling percaya antara satu sama lain amat penting. Kalau sudah mengongkong sangat mulalah
wanita mahu menipu
lelaki! Katanya mahu tidur ke rumah kawan, walhal ke
night club! Terlalu ingin menjaga
pasangan akhirnya kecundang di tengan jalan.
Inilah punca yang banyak menyebabkan
manusia hilang arah tujuan. Kalau sudah dinamakan manusia, duit jatuh dari langit siapa yang tak mahu, bukan? Inikan pula
wanita yang dimanjakan dengan wang ringgit. Dapat
lelaki yang banyak duit sikit,
pasangan yang lama ditinggalkan. Lumrah alam. Ataupun
lelaki yang hanya menabur janji itu, janji iin, tetapi habuk pun tiada, alamat kena tinggallah. Dapat pula
lelaki yang banyak duit, beri kasih sayang secukupnya sudah boleh membuatkan
wanita cair. Namun tidak semua
wanita yang berperangai sebegini, hanya segelintir sahaja.
Ini amat bahaya! Kebanyakan
wanita menipu disebabkan mereka sudah ada pengganti yang lain. Mereka inilah yang paling bijak menipu supaya tidak tertangkap oleh teman
lelaki mereka. Mereka kerap mencari alasan agar teman
lelaki mereka tidak menyedari kewujudan insan ketiga. Mereka akan menggunakan pelbagai helah untuk menutup kesilapan mereka. Ingat, sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Masa itu tahulah kamu langit itu tinggi atau rendah!
Ini pula lain halnya. Akibatnya selaku sangat ditipu oleh
bekas teman lelaki, si
wanita ini membalas dendan ke atas teman lelakinya yang baru. Mereka sudah mula
tidak percaya pada insan yang bergelar lelaki. Mereka menganggap
semua lelaki adalah penipu besar. Tetapi jika kita fikirkan semula, jika dalam hidup ini asyik mahu membalas dendam dan tipu menipu; sampai bila-bila pun dendam kesumat ini tidak akan selesai.